Berdasarkan kepada situasi di mana jumlah kes HIV/AIDS yang sedang melanda negara majoritinya melibatkan kaum remaja maka Prostar ditubuhkan.
AIDS merupakan satu penyakit berbahaya yang melanda umat manusia. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk menghapuskan penyakit ini menyukarkan lagi usaha mengawal wabak AIDS di negara ini. Kes pertama HIV dilaporkan di negara ini pada tahun 1986. Sejak itu jumlah kes HIV yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertambah setiap tahun. Sehingga Disember 2002 sebanyak 51,256 kes HIV dilaporkan di Malaysia.
Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 40% daripada mereka yang dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun. Jangkitan HIV yang dilaporkan berkait rapat dengan tingkahlaku dan cara hidup individu. Dua cara jangkitan utama yang dikenalpasti adalah melalui hubungan seks dan perkongsian jarum suntikan dadah.
Masalah gejala sosial akibat keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang boleh menjurus kepada perebakan HIV semakin ketara dan membimbangkan. Kajian tingkahlaku lepak di kalangan remaja yang dijalankan pada tahun 1994, mendapati 18% daripada 6,110 responden remaja mempunyai pengalaman melakukan seks bebas, 14% menyalahgunakan dadah.
Kajian Remaja dan AIDS yang dijalankan pada tahun 1996 ke atas 4,347 orang remaja awam yangberumur 13-25 tahun pula mendapati 6% pernah melakukan seks bebas, 5% pernah terlibat dengan penagihan dadah dan 31% pula merokok.
Perkembangan negatif di atas, sekiranya tidak dibendung dengan segera akan menjadi lebih buruk dan seterusnya akan memburukkan lagi masalah AIDS. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan yang khusus untuk golongan remaja perlu dijalankan.
PROSTAR adalah singkatan kepada Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja. Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja. Ide penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan penerbitan dan penggunaan manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama.
APAKAH KONSEP PROSTAR?
PROSTAR berkonsepkan Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja. Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Sebagai PRS mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain.
FORMULA
Formula PROSTAR terdiri daripada simbol-simbol berikut:-:
Apakah Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan?
+ tambah maklumat
- bahagi tanggungjawab
x gandakan usaha
- tolak risiko
= hidup sihat tanpa AIDS
Ahli-ahli Prostar sememangnya mampu untuk melakukan apa sahaja aktiviti. Dari mengendalikanLatihan PRS hingga ke kursus rekreasi. Dari aktiviti ekonomi hingga ke aktiviti keagamaan. Dari aktiviti promosi hinggalah ke aktiviti kebudayaan. Sebut sahaja aktiviti yang berfaedah, pasti PROSTARIAN mampu untuk melakukannya
Untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti pencegahan AIDS oleh PRS PROSTAR, sebuah organisasi bukan kerajaan yang dinamakan Kelab PROSTAR telah ditubuh dan didaftarkan pada 30 Jun 1997. Kelab PROSTAR mempunyai rangkaian cawangan di setiap negeri dan daerah. Ia dikendalikan oleh ahli kelab yang kebanyakkannya adalah remaja yang telah dilatih sebagai PRS PROSTAR.
Diantara aktiviti yang dilaksanakan oleh ahli Kelab PROSTAR termasuklah;
- Aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah, pameran, kempen kesedaran AIDS dan kem-kem motivasi di sekolah dan kilang.
- Sesi kaunseling remaja.
- Klip video peserta didedahkan untuk membuat pengucapan awam
- Klip video peserta mengadakan forum dikalangan mereka
- Klip video peserta dalam aktiviti berkumpulan menyelesaikan soalan kuiz
- Latihan PRS PROSTAR
- Menerbit dan mengedarkan newsletter
- Lain-lain aktiviti promosi seperti Laman Web PROSTAR, Kedai PROSTAR (salun, keropok dan cenderahati)
No comments:
Post a Comment