Kuala
Lumpur: sebanyak 49 peratus atau 185 daripada 379 kes membabitkan
remaja seawal usia 8 tahun lari dari rumah disebabkan mereka tidak mampu
menanggung tekanan hidup.
Pengarah
Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din
berkata melalui kajian dijalankan terhadap 379 remaja yang pernah lari
dari rumah pada tahun lalu menunjukkan mereka mengakui bahawa tekanan
menyumbangkan kepada faktor utama, selain 105 kes membabitkan pengaruh
kawan, ingin bebas (55), bergaduh dengan keluarga (41), bosan (38) dan
kurang kasih sayang (35).
"Kajian
ini dijalankan terhadap remaja berusia antara 8-18 tahun yang lari buat
pertama kali dari rumah dengan 80 peratus responden adalah remaja
Melayu".
"
Saya menyifatkan fenomena ini masih boleh dikawal kerana purata kes 10
remaja hilang dalam sebulan itu masih rendah berbanding populasi 6 juta
remaja di negara ini".
"
Bagaimanapun ia tetap membimbangkan kerana jumlah itu boleh bertambah
selaras dengan peningkatan kes perceraian ibu bapa", katanya ketika
dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas laporan Berita Minggu semalam
mengenai purata 10 orang hilang sebulan, kebanyakkannya membabitkan
gadis Melayu termasuk remaja semuda 12 tahun.
Sehubungan
dengan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri
Zinin mengingatkan ibu bapa atau penjaga serta ahli keluarga segera
membuat laporan polis selepas anak hilang dalam tempoh 48 jam kerana
bimbang ia ada hubung kait dengan jenayah.
Mohamed
Fadzil berkata kecenderungan remaja untuk lari semula beberapa kali
selepas pulang ke rumah juga tinggi dengan 80 kes disebabkan terpengaruh
dengan kawan, tekanan (64), ingin bebas (53), bosan (36), takut (33)
dan bergaduh (32).
Pada
masa sama, katanya, remaja yang cenderung untuk melarikan diri dari
rumah kebiasaannya mempunyai ciri seperti mempunyai mempunyai keyakinan
diri yang rendah (60 peratus), pengetahuan agama yang kurang dan
pengaruh luaran yang tinggi ( 56 peratus).
Post a Comment