Kajian
oleh NIDA menunjukkan bahawa remaja adalah lebih berisiko untuk
terlibat dengan gejala penagihan dadah jika tingkahlaku yang menjurus
kepada tabiat penagihan tidak dibendung sejak dari awal.
Ini adalah kerana pada usia remaja, otak masih melalui tahap perkembangan yang pesat dan bahagian prefrontal cortex (kawasan yang berfungsi untuk membuat pertimbangan, rasional dan membuat keputusan) masih belum berkembang sepenuhnya (ia merupakan kawasan yang terakhir untuk berkembang sempurna). Oleh itu, remaja sangat terdedah untuk melakukan perkara / aktiviti berisiko dan sering bereksperimentasi dengan perkara baru.
(sumber : Drug Abuse is a Preventable Behaviour, A Research Update from the National Institute on Drug Abuse (NIDA), March 2007)

Remaja
mengalami perubahan yang ketara dari sudut biologi, psikologi dan
sosial. Perubahan-perubahan biologi seperti peningkatan hormon boleh
mendorong remaja untuk mencuba dan berekperimentasi perkara baru. Oleh
itu, pencegahan penagihan dadah harus dimulakan awal iaitu diperingkat
remaja.
(sumber: Dr Azlinda Azman, USM. Kursus Orientasi Kerja Sosial Kepada Pegawai Antidadah, 27 Julai 2011, AADK Putrajaya)

Kajian-kajian
membuktikan bahawa terdapat faktor risiko yang menyebabkan seseorang
remaja boleh terlibat dengan penagihan dadah, juvenile deliquency dan gejala sosial yang lain. Kesemua faktor ini berkisar di dalam setting
keluarga, rakan sebaya, sekolah dan komuniti serta dalam diri mereka
sendiri. Semakin tinggi tinggi faktor risiko wujud dalam setting
tersebut, semakin tinggi kemungkinan mereka terlibat dalan masalah dadah
dan gejala sosial.
Faktor risiko individu adalah seperti berikut;
1. sejarah keluarga yang terlibat dengan dadah atau alkohol
2. hubungan dan institusi kekeluargaan yan lemah
3. tingkahlaku antisosial seperti agresif & tidak suka bergaul
4. kegagalan dalam pelajaran
5. ponteng sekolah
6. tingkahlaku memberontak / tidak mahu mendengar kata
7. bercampur dengan rakan yang mengguna dadah
8. pernah mengguna dadah pertama kali
9. sikap menyukai dadah atau bahan menghayalkan

Manakala bagi faktor risiko yang disebabkan oleh persekitaran adalah seperti berikut;
1. ketinggalan dari pembangunan dan kemudahan ekonomi serta sosial
2. komuniti yang tiada semangat kejiranan
3. komuniti yang tidak kisah serta membenarkan budaya penagihan dadah dan bahan menghayalkan
4. bekalan dadah dan bahan mudah didapati
(sumber: Hawkins, Catalano and associates, 1992, Communities That Care- Action for Drug abuse Prevention, Jossey-Bass Publishers, San Francisco, ms 8-9)

Post a Comment