Strategi pencegahan difokuskan kepada ibubapa dan keluarga kerana pencegahan awal hendaklah bermula di rumah. Proses pembesaran anak-anak adalah satu proses/pengalaman yang ibubapa perlu berhadapan dengan pelbagai masalah. Pada hakikatnya, ibubapa perlu sentiasa memahami dan menyesuaikan diri dengan perkembangan sikap anak-anak yang sentiasa berubah. Para penyelidik memutuskan bahawa punca sebenar permasalahan ini adalah disebabkan ibubapa tidak mempunyai perspektif yang seimbang bagaimana memahami anak-anak. Ibubapalah mencorakkan tingkah laku, tabiat, budi bahasa, agama kepada anak-anak sebelum ianya didedahkan kepada masyarakat dan alam sekeliling. Di rumahlah bermulanya segala ilmu kekebalan kepada anak-anak menghadapi realiti kehidupan sebagai seorang remaja, belia dan dewasa. Penggunaan dadah boleh dicegah dan peranan ibubapa adalah penting. Objektif yang hendak dicapai ialah semua keluarga di Malaysia diberi kesedaran dan kemahiran berhubung dengan menangani masalah dadah di dalam keluarga mereka.
Objektif-objektif untuk mewujudkan Keluarga Bebas Dadah adalah seperti berikut :-
Objektif 1 :Memberi/meningkatkan kemahiran keibubapaan supaya ibubapa boleh meningkatkan kemahiran keibubapaan supaya ibubapa boleh meningkatkan harga diri anak dengan membentuk sikap anak supaya merasai dirinya penting, seorang yang dihargai, manusia berguna, berkomunikasi berkesan, tingkah laku, adat dan budi bahasa dan lain-lain.
Objektif 2 :Memberi kesedaran bagi membolehkan ibubapa menjadi ibubapa yang cemerlang. Maksud cemerlang di sini ialah :-
- Jadi contoh yang baik.
- Dampingi anak mereka.
- Luangkan masa dan dengar masalah anak.
- Berterus terang dengan anak.
- Ketahui apa yang anak anda lakukan.
- Kenali rakan sebaya mereka.
- Wujudkan suasana yang menyeronokkan di rumah.
- Memberikan pendidikan agama yang sempurna.
Objektif 3 : Mengenal pasti ciri-ciri keibubapaan dan memahami matlamat jangka panjang keibubapaan.
Objektif 4 : Memahami bagaimana anak-anak berfikir, beremosi dan bertindak.
Objektif 5 : Menguasai/mempelajari beberapa kemahiran untuk meningkatkan prestasi, keberkesanan dan keseronokan sebagai ibubapa.
Objektif 6 : Berkomunikasi secara efektif sebagai insan bergelar ibubapa.
Program-program yang boleh dijalankan untuk mencapai objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut :-
- Seminar/Bengkel Keibubapaan.
- Program Outreach
- Seminar/Forum/Bengkel/Latihan
- Ceramah/Pameran/Tayangan Video
Post a Comment