SELAMAT DATANG KE BLOG PROSTAR SUKSES

Friday, June 29, 2012

TANDA PENAGIHAN DADAH

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa, tabiat, dan tingkahlaku. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah ialah:
  • kemerosotan kehadiran ke sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin, dan hasil kerja
  • meradang tidah tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya
  • mengelakkan diri daripada tanggungjawab
  • tabiat suka menyembunyikan apap-apa yang dilakukan atau dimiliki
  • hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu
  • parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja
  • suka meminjam wang daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual di rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga
  • selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan mengih dadah
 Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih dadah berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkanya kepada pakar-pakar perubatan.

TEKANAN HIDUP PUNCA UTAMA REMAJA LARI RUMAH

Kuala Lumpur: sebanyak 49 peratus atau 185 daripada 379 kes membabitkan remaja seawal usia 8 tahun lari dari rumah disebabkan mereka tidak mampu menanggung tekanan hidup.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata melalui kajian dijalankan terhadap 379 remaja yang pernah lari dari rumah pada tahun lalu menunjukkan mereka mengakui bahawa tekanan menyumbangkan kepada faktor utama, selain 105 kes membabitkan pengaruh kawan, ingin bebas (55), bergaduh dengan keluarga (41), bosan (38) dan kurang kasih sayang (35).

"Kajian ini dijalankan terhadap remaja berusia antara 8-18 tahun yang lari buat pertama kali dari rumah dengan 80 peratus responden adalah remaja Melayu". 

" Saya menyifatkan fenomena ini masih boleh dikawal kerana purata kes 10 remaja hilang dalam sebulan itu masih rendah berbanding populasi 6 juta remaja di negara ini".

" Bagaimanapun ia tetap membimbangkan kerana jumlah itu boleh bertambah selaras dengan peningkatan kes perceraian ibu bapa", katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Berita Minggu semalam mengenai purata 10 orang hilang sebulan, kebanyakkannya membabitkan gadis Melayu termasuk remaja semuda 12 tahun.
 
Sehubungan dengan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin mengingatkan ibu bapa atau penjaga serta ahli keluarga segera membuat laporan polis selepas anak hilang dalam tempoh 48 jam kerana bimbang ia ada hubung kait dengan jenayah.
Mohamed Fadzil berkata kecenderungan remaja untuk lari semula beberapa kali selepas pulang ke rumah juga tinggi dengan 80 kes disebabkan terpengaruh dengan kawan, tekanan (64), ingin bebas (53), bosan (36), takut (33) dan bergaduh (32).

Pada masa sama, katanya, remaja yang cenderung untuk melarikan diri dari rumah kebiasaannya mempunyai ciri seperti mempunyai mempunyai keyakinan diri yang rendah (60 peratus), pengetahuan agama yang kurang dan pengaruh luaran yang tinggi ( 56 peratus).

 

REMAJA LEBIH BERISIKO TERJEREBAK DADAH

Kajian oleh NIDA menunjukkan bahawa remaja adalah lebih berisiko untuk terlibat dengan gejala penagihan dadah jika tingkahlaku yang menjurus kepada tabiat penagihan tidak dibendung sejak dari awal. 


Ini adalah kerana pada usia remaja, otak masih melalui tahap perkembangan yang pesat dan bahagian prefrontal cortex (kawasan yang berfungsi untuk membuat pertimbangan, rasional dan membuat keputusan) masih belum berkembang sepenuhnya (ia merupakan kawasan yang terakhir untuk berkembang sempurna). Oleh itu, remaja sangat terdedah untuk melakukan perkara / aktiviti berisiko dan sering bereksperimentasi dengan perkara baru. 
(sumber : Drug Abuse is a Preventable Behaviour, A Research Update from the National Institute on Drug Abuse (NIDA), March 2007)

Remaja mengalami perubahan yang ketara dari sudut biologi, psikologi dan sosial. Perubahan-perubahan biologi seperti peningkatan hormon boleh mendorong remaja untuk mencuba dan berekperimentasi perkara baru. Oleh itu, pencegahan penagihan dadah harus dimulakan awal iaitu diperingkat remaja.
(sumber: Dr Azlinda Azman, USM. Kursus Orientasi Kerja Sosial Kepada Pegawai Antidadah, 27 Julai 2011, AADK Putrajaya) 

Kajian-kajian membuktikan bahawa terdapat faktor risiko yang menyebabkan seseorang remaja boleh terlibat dengan penagihan dadah, juvenile deliquency dan gejala sosial yang lain.   Kesemua faktor ini berkisar di dalam setting keluarga, rakan sebaya, sekolah dan komuniti serta dalam diri mereka sendiri. Semakin tinggi tinggi faktor risiko wujud dalam setting tersebut, semakin tinggi kemungkinan mereka terlibat dalan masalah dadah dan gejala sosial. 


Faktor risiko individu adalah seperti berikut;
1. sejarah keluarga yang terlibat dengan dadah atau alkohol
2. hubungan dan institusi kekeluargaan yan lemah
3. tingkahlaku antisosial seperti agresif & tidak suka bergaul    
4. kegagalan dalam pelajaran
5. ponteng sekolah
6. tingkahlaku memberontak / tidak mahu mendengar kata
7. bercampur dengan rakan yang mengguna dadah 
8. pernah mengguna dadah pertama kali
9. sikap menyukai dadah atau bahan menghayalkan
 
Manakala bagi faktor risiko yang disebabkan oleh persekitaran adalah seperti berikut;
1. ketinggalan dari pembangunan dan kemudahan ekonomi serta sosial
2. komuniti yang tiada semangat kejiranan 
3. komuniti yang tidak kisah serta membenarkan budaya penagihan dadah dan bahan menghayalkan
4. bekalan dadah dan bahan mudah didapati
(sumber: Hawkins, Catalano and associates, 1992, Communities That Care- Action for Drug abuse Prevention, Jossey-Bass Publishers, San Francisco, ms 8-9)
 

Wednesday, June 27, 2012

KELUARGA BEBAS DADAH

Strategi pencegahan difokuskan kepada ibubapa dan keluarga kerana pencegahan awal hendaklah bermula di rumah. Proses pembesaran anak-anak adalah satu proses/pengalaman yang ibubapa perlu berhadapan dengan pelbagai masalah. Pada hakikatnya, ibubapa perlu sentiasa memahami dan menyesuaikan diri dengan perkembangan sikap anak-anak yang sentiasa berubah. Para penyelidik memutuskan bahawa punca sebenar permasalahan ini adalah disebabkan ibubapa tidak mempunyai perspektif yang seimbang bagaimana memahami anak-anak. Ibubapalah mencorakkan tingkah laku, tabiat, budi bahasa, agama kepada anak-anak sebelum ianya didedahkan kepada masyarakat dan alam sekeliling. Di rumahlah bermulanya segala ilmu kekebalan kepada anak-anak menghadapi realiti kehidupan sebagai seorang remaja, belia dan dewasa. Penggunaan dadah boleh dicegah dan peranan ibubapa adalah penting. Objektif yang hendak dicapai ialah semua keluarga di Malaysia diberi kesedaran dan kemahiran berhubung dengan menangani masalah dadah di dalam keluarga mereka.

Objektif-objektif untuk mewujudkan Keluarga Bebas Dadah adalah seperti berikut :-

Objektif 1 :Memberi/meningkatkan kemahiran keibubapaan supaya ibubapa boleh meningkatkan kemahiran keibubapaan supaya ibubapa boleh meningkatkan harga diri anak dengan membentuk sikap anak supaya merasai dirinya penting, seorang yang dihargai, manusia berguna, berkomunikasi berkesan, tingkah laku, adat dan budi bahasa dan lain-lain.

Objektif 2 :Memberi kesedaran bagi membolehkan ibubapa menjadi ibubapa yang cemerlang. Maksud cemerlang di sini ialah :-
  • Jadi contoh yang baik.
  • Dampingi anak mereka.
  • Luangkan masa dan dengar masalah anak.
  • Berterus terang dengan anak.
  • Ketahui apa yang anak anda lakukan.
  • Kenali rakan sebaya mereka.
  • Wujudkan suasana yang menyeronokkan di rumah.
  • Memberikan pendidikan agama yang sempurna.
Objektif 3 : Mengenal pasti ciri-ciri keibubapaan dan memahami matlamat jangka panjang keibubapaan.

Objektif 4 : Memahami bagaimana anak-anak berfikir, beremosi dan bertindak.

Objektif 5 : Menguasai/mempelajari beberapa kemahiran untuk meningkatkan prestasi, keberkesanan dan keseronokan sebagai ibubapa.

Objektif 6 : Berkomunikasi secara efektif sebagai insan bergelar ibubapa.
Program-program yang boleh dijalankan untuk mencapai objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut :-
  • Seminar/Bengkel Keibubapaan.
  • Program Outreach
  • Seminar/Forum/Bengkel/Latihan
  • Ceramah/Pameran/Tayangan Video

APA ITU AIDS DAN HIV??

Apa itu Penyakit AIDS ?
AIDS ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau Aquired Immuno Deficiency Syndrome

Apa itu HIV ?
HIV ialah singkatan perkataan Human Immunodeficiency Virus

Virus HIV berkembang biak dan merosakkan sel-sel darah putih yang berfungsi melawan serangan penyakit. Ianya menyebabkan kemusnahan sistem daya tahan tubuh badan melawan penyakit. HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan*, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS.

* Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.

Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)
AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit.

Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?
 
HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja:
-Melalui perhubungan seks tidak selamat(seks tidak selamat adalah seks tanpa menggunakan kondom lateks).
-melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.
-melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.
-HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas.
.
Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?

HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selesema. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara.
HIV tidak boleh dijangkiti melalui :
-Pendermaan darah
-Berjabat tangan dan berpelukan
-Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam
-Berkongsi makanan dan perkakas dapur
-Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur
-Bersin, batuk, air peluh atau air kencing
-Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang
-Menjaga seseorang yang positif-HIV
.
Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada saya telah dijangkiti?
Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV .

Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV?

Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selesema tiga sehingga enam minggu selepas jangkitan. tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain; orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga berlaku semasa jangkitan virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai yang tidak mengendahkannya dan mengaggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko.
 

APA ITU PROSTAR??

Definisi PROSTAR
Singkatan perkataan bagi Program Sihat Untuk Remaja yang dahulunya dikenali sebagai Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja. Program ini dibentuk khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sokongan serta kerjasama agensi-agensi berkaitan dalam usaha memperkasakan pengetahuan dan tingkahlaku remaja dalam ke arah amalan cara hidup sihat terutamanya dari aspek pencegahan dan kawalan HIV / AIDS. 
Konsep
Mengerakkan remaja sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah cara hidup sihat dengan berkonsepkan "Oleh remaja, melalui remaja dan untuk remaja ".
 
Objektif
  • Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja tentang kepentingan cara hidup sihat
  • Menanamkan sikap positif dan cara hidup sihat di kalangan remaja berlandaskan nilai-nilai murni dalam mencegah, membanteras dan menangani masalah cara hidup yang tidak sihat
  • Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup sihat serta menghindari tingkahlaku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV
  • Membentuk segolongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke arah cara hidup sihat dan menggerakkan remaja turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS
  • Melahirkan segolongan PRS yang berperanan sebagai sukarelawan khidmat sosial dalam memberi khidmat sokongan remaja 


SUMBER : http://prostarseremban.webs.com/apaituprostar.htm

CARTA ORANISASI PROSTAR SUKSES

PENAUNG - EN. JAMIL B. SAJURI

                                       GURU                - CIK NURUL JALILAH BT. ABDUL RAHMAN
                                       PENYELARAS  - PUAN HASLINDA BT. MUHD. FARIP
                                                                  - TUAN HJ. ABDULLAH ZAWAWI B. MOHD.HAIRANI
                                                                  - USTAZAH SITI KHALIJAH BT. MUHAMAD

PENGERUSI - MUHD. AIDIL B. ABU TALIB

NAIB PENGERUSI  - MUHD. IZZLAN B. ZAKARIA

SETIAUSAHA             - AHMAD AZRI B. AHMAD PAUZI

NAIB SETIAUSAHA   - MUHD. AFIF B. ABDUL RAHMAN

BENDAHARI      - ADILAH FARHANA BT. ARIS

NAIB BENDAHARI    - ARIFF FITRI B. KAMARUDDIN 

AJK PROGRAM      -MUHD. HIZAMI B. ROSLAN
                                    -MUHD. NAZRIN B. ZAKARIA
                                        -MUHD. IZWAN B. MD. HANAFI
                               -MUHD. HAZIM B. YAMIN

         AJK AUDIT           - AHMAD AIREL HAKIMI B. AHMAD TARMIZI
                             - MUHD. IHTIFADZUDDIN B. MARZUKI
              
AJK INFORMASI    -MUHD NUR IZZUDDIN B. SARIMAN
                                  -MUHD. FAIDHI AZIZI B. SULAIMAN

VISI, MISI DAN OBJEKTIF KELAB PROSTAR SUKSES



VISI
--REMAJA BERKUALITI TERAS KEJAYAAN

MISI
--MEMBENTUK JATI DIRI PELAJAR YANG SEIMBANG DARI SEGI JASMANI, EMOSI,    ROHANI, INTELEKTUAL, DAN SOSIAL
--MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG SIHAT DAN HARMONIS BUAT WARGA SEKOLAH DAN KOMUNITI SETEMPAT

OBJEKTIF
--MEMUPUK BUDAYA WARGA BERMAKLUMAT MENGENAI KESAN DAN AKIBAT GEJALA SOSIAL
--MENINGKATKAN TAHAP KESEDARAN DAN PENGETAHUAN BERKAITAN AMALAN HIDUP SIHAT DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH
--MENGGALAKAN REMAJA MENGAMALKAN CARA HIDUP SIHAT DAN MENGHINDARI TINGKAHLAKU BERISIKO YANG BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN
--MEMBENTUK SAHSIAH DAN KETRAMPILAN DIRI YANG SEIMBANG BERLANDASKAN AGAMA DAN NILAI-NILAI MURNI