Apa itu Penyakit AIDS ?
AIDS ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau Aquired Immuno Deficiency Syndrome
Apa itu HIV ?
HIV ialah singkatan perkataan Human Immunodeficiency Virus
Virus
HIV berkembang biak dan merosakkan sel-sel darah putih yang berfungsi
melawan serangan penyakit. Ianya menyebabkan kemusnahan sistem daya
tahan tubuh badan melawan penyakit. HIV adalah virus yang menyebabkan
AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan*, menyebabkan badan lemah
dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan
dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak
semestinya dia menghadapi AIDS.
* Sistem daya tahan badan adalah
mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini
menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.
Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)
AIDS
adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti
orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang
tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit.
Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?
HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja:
-Melalui perhubungan seks tidak selamat(seks tidak selamat adalah seks tanpa menggunakan kondom lateks).
-melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.
-melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.
-HIV
hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk
darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah
orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Mereka yang menjaga
pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil
langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa
melakukan tugas.
.
Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?
HIV
tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata.
HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui
udara seperti virus selesema. HIV tidak boleh hidup di luar badan
manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara.
HIV tidak boleh dijangkiti melalui :
-Pendermaan darah
-Berjabat tangan dan berpelukan
-Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam
-Berkongsi makanan dan perkakas dapur
-Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur
-Bersin, batuk, air peluh atau air kencing
-Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang
-Menjaga seseorang yang positif-HIV
.
Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada saya telah dijangkiti?
Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV .
Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV?
Permulaan
jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ada jangkitan
yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selesema tiga
sehingga enam minggu selepas jangkitan. tetapi ini berlainan dari
seseorang ke seseorang yang lain; orang itu mungkin sembuh dan
berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan
badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan
jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga
berlaku semasa jangkitan virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang
dengan mudahnya, ramai yang tidak mengendahkannya dan mengaggapnya
sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapat kepastian
adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa
anda telah melakukan aktiviti yang berisiko.